Syabas Ahli PERDASAMA. Terus maju dan jaya walaupun ketika pendemik Covid-19
Syabas Ahli PERDASAMA, ketika pendemik COVID19, dengan PKP1.0, PKPP, PKPB, PKPD dan skrg PKP2.0 terus gagah dan gigih dalam perniagaan masing-masing. Kak Aznita meraih jualan tertinggi bulan Mei dlm Allianz melayakkan STAR MASRTER AWARD, Kak Norizan Zulkifli tersenarai di Wall Of Fame antara Top 10 yang terbaik di Eskayvie. Kak Aznita adalah Ketua Biro Wanita PERDASAMA Selangor dan Kak Noris adalah Exco Wanita PERDASAMA. Begitu juga seorang lagi AJK PERDASAMA Selangor Hajah Rohaizah Khalid mencatatkan jualan memberangsangkan iaitu nasi Arab Madinah. Rakan perniagaan Hajah membuka kilang makanan bernilai jutaan ringgit slps bisnes Umrah dan Haji melalui masa2 mencabar.
Seorang lagi wanita hebat dan gigih, Kak Zura berkat simpanan duit hasil jualan karipap dan kuih melayu frozen dan biskut raya, telah menyewa sebuah premis sebaris Warisan Anggoi Saujana Utama dan kedai dlm kerja ubahsuai. Juga sahabat saya Ustaz Haji Abdulllah Abdul Rahman Shah juga Ahli PERDASAMA bakal menjalankan Program Sijil Professional Umrah & Haji akan bermula esok dengan intake pertama seramai 50 peserta.
Dan saya percaya ramai lagi rakan-rakan PERDASAMA dan usahawan di luar sana terus-menerus tanpa menoleh ke belakang terus maju bergerak kehadapan






Comments
Post a Comment