Lawatan ke Pelabuhan Barter Trade milik ASA NIAGA PELABUHAN BARTER TRADE SDN. BHD.

Lawatan dan networking session dalam perdagangan import dan eksport anjuran Biro PKS PERDASAMA Pusat ke ASA NIAGA PELABUHAN BERTER TRADE SDN BHD di Pelabuhan Klang. Turut hadir En. Farihan Mustafa Kamal, Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, En. Muhammad Izroin bin Saharuddin Senior Marine Officer Lembaga Pelabuhan Klang dan Dato' Junaidi YDP PERDASAMA Negeri Sabah.
Kompleks syarikat berkeluasan 14.6 ekar tanah lengkap dengan kemudahan integrasi yang diperlukan untuk mengendali semua kegiatan operasi import & eksport barter trade secara 'conventional' khususnya daripada Tanjung Balai, Indonesia.
Syarikat memperolehi lesen oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai tempat pendaratan sah bertatus kawasan Berlesen Gudang Awam, berlesen untuk operasi transhipment.
Antara produk dibawa masuk dari Tanjung Balai seperti ikan, udang, kelapa, sayur-sayuran, halia, ubi dan 100 lagi barang makanan dan bukan makanan.
Sesi juga dikenalkan dengan wakil syarikat forwarding and shipping bagi kemudahan ahli-ahli utk import dan eksport.
Taklimat disampaikan oleh Puan Nor Azlinda Dato' Shaari Pengarah Urusan ASA NIAGA PELABUHAN BARTER TRADE SDN BHD.









Comments

Popular posts from this blog

AHLI JAWATANKUASA PERDASAMA SELANGOR 2018

Projek pertama Koperasi PERDASAMA Negeri Selangor Berhad iaitu perladangan Nanas MD2.