Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERDASAMA Negeri Selangor Bil 2 sesi 2020-2022



Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PERDASAMA Negeri Selangor Bil. 2 sesi 2020-2022 dihadiri 21 orang Ahli Jawatankuasa negeri secara maya malam tadi mengambil ketetapan dan keputusan:

1. Menyokong sepenuhnya keputusan kerajaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi (total lockdown) Fasa Pertama bagi mengkekang pendemik COVID19 yang setiap hari mencatatkan angka-angka mencemaskan.
2. Maklumbalas dijalankan, 50% ahli dan usahawan PERDASAMA telah bertukar cara perniagaan daripada konvensional kepada model perniagaan norma baharu iaitu berasaskan teknologi digital. Sejak PKP1.0 rata-rata ahli telah menukar strategi perniagaan dengan memperkenalkan dan meneroka model-model seperti konsultasi secara atas talian, webinar bisnes, pandu lalu, team mobile selain menambahbaik konsep home dealer, dropship dan konsep ejen.
3. 40% ahli-ahi PERDASAMA tetap komited dan tidak putus asa walaupun ketika ujian COVID19 dengan menukar atau meneroka perniagaan model baru seperti perkhidmatan sanitasi bangunan dan pejabat, bisnes peruncitan komuniti, perkhidmatan penghantaran, produk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan, pembangunan laman sesawang, pendidikan dan konsultasi kewangan secara atas talian, pertanian dan sebahagian besar ahli-ahli telah terlibat dalam sektor berasaskan sekuriti makanan.
4. 5% ahli-ahli PERDASAMA mengambil keputusan mengecilkan perniagaan sedia ada atau berpindah operasi dari kedai/premis ke rumah. Manakala baki hanya 5% sahaja mengambil keputusan menutup sementara perniagaan dan akan membuka semula selepas wabak berakhir.
5. PERDASAMA Negeri Selangor mengambil ketetapan bahawa COVID19 memberikan hikmah tersendiri iaitu
5.1: Kita sebagai usahawan akan lihat tempoh ini sebagai ruang membaiki semula asas perniagaan serta menyelaras kembali strategi perniagaan masing-masing
5.2: Semua ahli PERDASAMA perlu ada pemikiran positif dan jangan mudah berputus asa dalam mendepani cabaran sepanjang tempoh 'total lockdown' ini.
5.3: Kita mempunyai ruang dan masa yang banyak bersama keluarga di mana, kesempatan ini tidak kita perolehi selama ini.
6. Biro Latihan PERDASAMA Selangor merancang beberapa siri/program bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kapasiti ahli-ahli dalam Keusahawanan Digital
7. PERDASAMA memohon kerajaan memberikan pakej-pakej dan bantuan sewajarnya kepada masyarakat peniaga terutama dalam meningkatkan lagi kapasiti perniagaan dalam pendigitalan perniagaan. Ini membantu ahli-ahli PERDASAMA dapat melakukan penciptaan sesuatu usaha baharu dan kemudian mentransformasi perniagaan sedia ada dengan membangunkan serta menggunakan teknologi digital terkini.
8. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERDASAMA Selangor Tahun 2021 pada 31 Julai, Sabtu jam 11.00 lagi secara atas talian
Jumaat
28 Mei, 2021

Comments

Popular posts from this blog

Lawatan ke Pelabuhan Barter Trade milik ASA NIAGA PELABUHAN BARTER TRADE SDN. BHD.

AHLI JAWATANKUASA PERDASAMA SELANGOR 2018

Projek pertama Koperasi PERDASAMA Negeri Selangor Berhad iaitu perladangan Nanas MD2.